Sunday, March 31

Bas Bermasalah

Bila permulaan tak baik sampai pengakhirannya jadi tak baik. Itu lah pengajaran yang aku dapat hari ini. Hari ini di mana tamatnya weekend aku di rumah. Macam biasa, mesti balik KL semula dengan menaiki bas. Tapi kali ini, harga tiket bas yang sepatutnya RM 31.20 menjadi RM 35. Dengan alasan, kakak tu kata ramai orang hari ini. Alasan yang tak dapat diterima.

Sepatutnya bas bergerak pukul 10, disebabkan macam-macam masalah penumpang dengan harga tiket dan destinasi penumpang yang ada ke seremban, shah alam, TBS dan pudu melambatkan segalanya. Yang paling membuatkan aku geram dengan harga tiket makcik yang duduk belakang aku. Bayangkan harga tiket dia RM 75. Ha? Memang marah lah makcik tu bila beli 3 tiket dari Johor ke KL dengan harga RM 215. Seboleh-boleh makcik tu minta duit dia semula. Sah, ulat tiket makan daun duit dengan bahagianya.

Then, bagi yang nak ke Seremban kena tukar bas dekat Yong Peng. Tiba-tiba bila dah sampai KL, ada seorang atok yang berbangsa cina terkejut bila tengok dah dekat KL. Dia nak ke Seremban. Apa lagi, bergaduh besar atok cina dengan driver bas yang berbangsa india. Sampai berhenti bas kat tepi jalan. Sampai TBS, aku turun meninggalkan bas bermasalah. Tak tahu lah apa yang terjadi selepas itu. Destinasi bas bermasalah terakhir ke Pudu.

Wednesday, March 27

Pasar Malam

Semenjak Kampung Baru di Kuala Lumpur ini ada pasar malam setiap hari Selasa,
tak pernah tak pergi melainkan buat OT sampai ke lewat petang.
Menu yang selalu menjadi hidangan makan malam ialah nasi lemak kerang,
tak pun nasi kerabu ikan kembung. Hari ini, masih lagi makan nasi lemak
dan mencuba laksam pula.

“Sedap syiqa laksam dia.”
“Ohh, kita pernah makan tapi….”
Aku menyampuk.
“Maybe tak kene dgn syiqa.”
“Haa, kalau teringin boleh lah makan.”
Tak semena aku berkata.
“Ohh, ikha ni ade darah orang kelantan. Hehe.”

Ayah orang Kelantan, mama pula orang Johor.
Dan aku dilahirkan dan dibesarkan di Johor.

Saturday, March 23

Cerpen Khairulnizam Bakeri

Buku fixi pertama yang menjadi percaturan bijak bagi permulaan untuk mendekatkan minat dengan penerbit ini. Pertama kali mendengar tentang buku fixi daripada kawan. Katanya best. Kemudian di twitter yang ramai update tengah membaca kelabu ketika itu.

6 Mac 2013
Terserempak dengan kawan di dalam monorail yang menuju ke MPH di Times square. Tujuannya membeli buku fixi untuk menghabiskan baucar buku. Terdetik di hati untuk memiliki buku fixi. Dalam banyak-banyak tajuk, CERPEN karya Khairulnizam Bakeri menjadi tarikan aku. Mula membuat percaturan. Aku bukannya jenis yang suka baca novel. Kalau beli sumbat atau tajuk lain mungkin tidak habis baca. Ternyata CERPEN Nizambakeri membuatkan aku dirasuk mahu memiliki buku fixi yang lain. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kulaijaya berjaya tamatkan bacaan ini. Setiap cerpen ada kekuatan tersendiri dan kesemuanya aku suka. Penulis menyebabkan pembaca rasa tertanya-tanya dan ada juga cerpen yang membuatkan rasa tak puas setakat itu saja terutamanya Ingatan. Tolong sambung, nak panjang lagi. Haha. Harap maklum ini cerpen. Seriously, tak pernah membaca buku sebelum ni dengan perasaan begini. Hanya Sepuluh  pula menarik aku untuk membaca selebihnya di blog salah taip. Bagi aku, hanya sepuluh menyampaikan seribu satu tersirat dari penulis. Jujurnya, cara penulisan penulis ini memberikan aku pandangan positif kepada buku fixi yang lain bahawa semua buku fixi memang best!


Buku fixi seterusnya untuk dibaca PECAH, MENTAL, KELABU dan SUMBAT.

Thursday, March 21

Belanja Besar

Bermula dengan pagi di PC and Book Fair.
Hard disk untuk adik, cerpen dan lawak kampus sasaran utama.
Petang di KL Festival dengan barang harian dan black shawl.
Berakhir dengan dinner steamboat and BBQ at The Khan.
Kiranya hari ini saja belanja RM360.
Esok makan apa yang ada.

Tuesday, March 19

Hidup Berkawan

Pergi lah ke mana pun, tak kan lari daripada hidup berkawan.
Bertuah ada kawan, sahabat dan teman. Pertahankan ukhuwah yang terbina.
Masa semakin singkat. Jangan biarkan salah faham memakan masa.
Sahabat untuk selamanya.
Bukan sementara.

Lebih Baik

Hari ini mampu membuatkan aku tersenyum.
Entah apa yang menghiburkan.
Nampak lebih baik dari semalam.
Moga esok lagi ceria. Oh, petang ni OT.
Harap selamat dan menjadi.

Monday, March 18

Entah Kenapa

Sedih hati yang tiada penyebabnya.
Masih tersenyum di sebalik duka yang belum dikenalpasti.
Emosi terganggu.

Sunday, March 17

Week-End

Hujung minggu di rumah memang menyenangkan.
Waktu yang tak perlu fikirkan tentang tesis, assignment dan lab work.
Semudah itu dilupakan. Tapi hanya sementara hari.
Isnin datang, semuanya merisaukan.
Selagi itu hidup seorang student.

Entri Intro

Assalamualaikum.

Semangat menulis blog kembali datang. Setelah sekian lamanya blog dibiarkan.
Kali ini setiap entri akan menjadi ringkas. Tiada lagi cerita, kisah yang panjang.
Saja nak tukar angin.