Habis belajar bulan 7. Masing-masing hantar resume sana sini. Dari dulu lagi bila orang tanya lepas habis belajar nak buat apa dan jawapan biasa, sambung belajar inshaAllah. Kebetulan minat nak sambung tu masih ada. Sepanjang bulan 8-9 yang bagi aku waktu bercuti setelah 4 tahun belajar (yang mungkin bagi orang lain waktu menganggur), hari-hari hanya skrol fb group dan baca post sebegini:
We are looking for potential Masters student under U_ _.
Project title: _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Anyone who is interested may email your CV to Dr. _ _.
Perhati ja dulu. Setiap post yang macam ni, aku hanya menunggu tajuk mana yang berjaya memikat hati ini. Haha. Sampai lah pada hari yang mana salah seorang lecturer waktu undergrad dulu call dan offer untuk sambung bawah beliau. Selepas berbincang dengan ayah dan mama, akhirnya bersetuju untuk meneruskan pengajian sarjana. Alhamdulillah atas rezeki dan peluang ini.