Sunday, March 31

Bas Bermasalah

Bila permulaan tak baik sampai pengakhirannya jadi tak baik. Itu lah pengajaran yang aku dapat hari ini. Hari ini di mana tamatnya weekend aku di rumah. Macam biasa, mesti balik KL semula dengan menaiki bas. Tapi kali ini, harga tiket bas yang sepatutnya RM 31.20 menjadi RM 35. Dengan alasan, kakak tu kata ramai orang hari ini. Alasan yang tak dapat diterima.

Sepatutnya bas bergerak pukul 10, disebabkan macam-macam masalah penumpang dengan harga tiket dan destinasi penumpang yang ada ke seremban, shah alam, TBS dan pudu melambatkan segalanya. Yang paling membuatkan aku geram dengan harga tiket makcik yang duduk belakang aku. Bayangkan harga tiket dia RM 75. Ha? Memang marah lah makcik tu bila beli 3 tiket dari Johor ke KL dengan harga RM 215. Seboleh-boleh makcik tu minta duit dia semula. Sah, ulat tiket makan daun duit dengan bahagianya.

Then, bagi yang nak ke Seremban kena tukar bas dekat Yong Peng. Tiba-tiba bila dah sampai KL, ada seorang atok yang berbangsa cina terkejut bila tengok dah dekat KL. Dia nak ke Seremban. Apa lagi, bergaduh besar atok cina dengan driver bas yang berbangsa india. Sampai berhenti bas kat tepi jalan. Sampai TBS, aku turun meninggalkan bas bermasalah. Tak tahu lah apa yang terjadi selepas itu. Destinasi bas bermasalah terakhir ke Pudu.

No comments: