Saturday, March 23

Cerpen Khairulnizam Bakeri

Buku fixi pertama yang menjadi percaturan bijak bagi permulaan untuk mendekatkan minat dengan penerbit ini. Pertama kali mendengar tentang buku fixi daripada kawan. Katanya best. Kemudian di twitter yang ramai update tengah membaca kelabu ketika itu.

6 Mac 2013
Terserempak dengan kawan di dalam monorail yang menuju ke MPH di Times square. Tujuannya membeli buku fixi untuk menghabiskan baucar buku. Terdetik di hati untuk memiliki buku fixi. Dalam banyak-banyak tajuk, CERPEN karya Khairulnizam Bakeri menjadi tarikan aku. Mula membuat percaturan. Aku bukannya jenis yang suka baca novel. Kalau beli sumbat atau tajuk lain mungkin tidak habis baca. Ternyata CERPEN Nizambakeri membuatkan aku dirasuk mahu memiliki buku fixi yang lain. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kulaijaya berjaya tamatkan bacaan ini. Setiap cerpen ada kekuatan tersendiri dan kesemuanya aku suka. Penulis menyebabkan pembaca rasa tertanya-tanya dan ada juga cerpen yang membuatkan rasa tak puas setakat itu saja terutamanya Ingatan. Tolong sambung, nak panjang lagi. Haha. Harap maklum ini cerpen. Seriously, tak pernah membaca buku sebelum ni dengan perasaan begini. Hanya Sepuluh  pula menarik aku untuk membaca selebihnya di blog salah taip. Bagi aku, hanya sepuluh menyampaikan seribu satu tersirat dari penulis. Jujurnya, cara penulisan penulis ini memberikan aku pandangan positif kepada buku fixi yang lain bahawa semua buku fixi memang best!


Buku fixi seterusnya untuk dibaca PECAH, MENTAL, KELABU dan SUMBAT.

3 comments:

Ezzaty H said...

yeayy ! hahaha kalo akak minat cerpen, fixi ada terbit himpunan cerpen tp just utk jualan on9 dan pesta buku sahaja. kat kedai tade. mcm kopi and bola. haha

avenueimtiyaz said...

:)

avenueimtiyaz said...

:)